ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
Peta pemikiran i-think bermaksud innovative thinking (Pemikiran
Inovatif) yang bertujuan untuk memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan
mampu berdaya saing serta melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif (Bibi, 2012) .
Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan
4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia (Hailmi, 2013)
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Comments
Post a Comment