KEKURANGAN PETA I-THINK

       Walau bagaimanapun, saya dapati terdapat beberapa kelemahan daripada pengaplikasian peta pemikiran i-think. Antaranya ialah memerlukan dua hingga tiga kali penggambaran semula untuk memahami peta pemikiran i-think setelah lama tidak dibaca. (https://pkab.wordpress.com/2008/09/01/kelemahan-peta-konsep-dan-solusinya/, 2008) Hal ini disebabkan oleh isi penting atau kata kunci yang tercatat pada peta pemikiran i-think terlalu ringkas. Contohnya, hanya mencatat isi penting dalam satu hingga dua perkataan sahaja. Oleh itu, ianya akan melambatkan proses ulangkaji dan menimbulkan rasa bosan dalam diri.


    Selain itu, ianya juga sukar untuk dilakar kerana terlalu banyak gabungan bentuk. Contohnya, banyak bulatan yang perlu dilakar bagi peta Double Bubble Map. Hal ini akan melambatkan proses pembuatan peta pemikiran i-think dan menjadikan saya mudah untuk berputus asa dalam membina peta pemikiran i-think. Oleh itu, kita hendaklah mengenalpasti cara-cara pembuatan peta minda agar proses pembuatannya menjadi mudah. 

Comments

Popular posts from this blog